Kritikan Poster: UNSUR BUDAYA MELAYU
DALAM POSTER FILEM
POSTER CINTA DAN LAGU 1976
Poster 1: Filem Cinta dan lagu 1976
Filem ini mengisahkan tentang
percintaan seorang pemuda miskin yang bekerja sebagai nelayan. Zulkifli telah
mengikat tali percintaan dengan Noraini. Percintaan kedua mempelai itu memang
diketahu oleh semua rakan dan setiap hari menjadi usikan dan gurauan mereka.
Suatu hari, datang seorang pemuda dari kampung seberang bernama Malek. Malek
seorang yang kaya namun “Mat Temberang” serta rakan-rakannya. Malek telah jatuh
hati dengan Aini buat pertama kali, lalu dia telah pergi meminta bantuan dari
mak Leha untuk meminang Aini. Bagaimanapun, Pak Kadir iaitu ayah kepada Aini
telah menyerahkan kepada anaknya itu untuk membuat keputusan. Aini telah
menolak pinangan itu, tetapi kerana memikirkan Malek anak Tok Penghulu Kampung
dan berpengaruh pula, Aini membuat alasan supaya mereka bertemu dalam pesta
pertandingan nyanyian yang sememangnya sering diadakan di kampung tersebut
setiap tahun. Sekiranya Malek berjaya mengalahkan Aini, maka dia akan
mempertimbangkan pinangan tersebut. Malangnya Malek tidak dapat mengalahkan
Aini, dia berterus terang yang dia akan berkahwin dengan Zul. Di hari
pernikahan Zul menuju ke rumah Aini, dia telah diserang oleh sekumpulan pemuda
yang telah diupah oleh Malek, dan telah menculik Zul serta mengurungnya di sebuah
gua di pulau. Selepas Tok Penghulu balik dari seberang, di atas jasa baiknya
serta pertimbangan adil, malek akhir mengaku telah menculik Zul dan memberitahu
di mana Zul disembunyikan. Akhirnya Zul dan Aini bertemu kembali dan disatukan.
UNSUR
BUDAYA MELAYU DALAM POSTER FILEM CINTA DAN LAGU 1976
- Bahasa dan Poster
Poster merupakan salah satu jenis
iklan yang mengunggulkan dalam kata-kata untuk menraik perhatian pembaca.
Kata-kata merupakan menjadi kekuatan utama dalam poster. Kata-kata yang
disampaikan dalam poster perlu disampaikan secara sederhana. Penulisan kata
dalam poster tidak boleh berbelit-belit. Hal ini boleh menyebabkan pembaca
kebingungan ketika membaca maklumat dalam poster. Perkataan dan teks yang
sesuai mendorong pembaca agar terpengaruh dengan maksud yang dikehendaki dalam
poster tersebut. Selain itu, bahasa yang ditampiikan tidak boleh menyinggung
perasaan pembaca. Unsur-unsur yang terkandung dalam poster sangat penting
kepada penerimaan pembaca. Dalam filem Cinta dan Lagu 1978 arahan Dato Haji Jamil Sulong, menggunakan bahasa poster yang jelas dan tidak menyinggung perasaan pembaca. Menggunakan font yang jelas untuk menarik perhatian pembaca. Tajuk poster dibesarkan agar pembaca dapat melihat tajuk filem dengan jelas. Seterusnya tajuk poster kurang menarik
kerana biasanya warna font yang digunakan seharusnya lebih menarik contohnya
warna merah yang sering kali dikaitakn dengan warna-warna romantik. Pengguanan
latar poster yang terang mungkin menyebabkan font yang digunakan agak gelap
supaya lebih menonjol dan jelas. Penggunaan warna poster yang terang
menyebabkan gambar watak dalam filem kurang jelas dan pecah. Oleh itu, pembaca
akan mengalami kebingungan untuk mengenal pasti watak-watak yang terlibat dalam
filem tersebut.
- Watak perwatakan
Cinta
dan lagu merupakan sebuah filem Melayu
yang dihasilkan pada sekitar tahun 1976 yang berbentuk wayang berwarna. Filem
ini di merupakan sebuah arahan Dato Haji Jamil Sulong yang diterbitkan oleh
Merdeka Film Production. Dalam filem cinta dan lagu ini seratus peratus penggunaan
bahasa adalah bahasa melayu dan filem ini ditayangkan seluruh Malaysia pad
tahun 1976 yang mempunya durasi sepanjang 110 minit. Filem ini dilakonkan oleh
Hail Amir sebagai Zulkifli, Nor Azizah sebagai Noraini dan Yusuf Haslam sebagai
Malik anak kepada penghulu kampung.
Berdasarkan
gambar poster filem yang dihasilkan oleh filem cinta dan lagu ini adalah
penggunaan gambar pelakon wanita lebih menonjol iaitu wanita Noraini atau anak
asalnya Noor Azizah. Watak Noraini adalah sebagai seorang wanita atau anak
gadis kampung yang cantik dan menjadi rebutan antara Zul sebagai nelayan
kampung dan Malik sebagai anak seorang yang berpengaruh dikawasan tersebut.
Dari apa yang dilihat dalam poster Noraini merupak seorang ganis yang cantik dari
segi wajah dan juga lirikkan matanya.
Manakala berdasarkan watak dalam poster wata
yang dipegang oleh Hail Amir sebagai Zulkifli merupakan seorang lelaki yang
serious dan seperti seorang lelaki melayu dengan berpakaian melayu, Zul
sebenarnya seorang lelaki yang baik dan budiman malah bijak dalam berbahsa
sehingga mampu membuka hati Noraini. Watak dan perwatakan Yusuf Haslam sebagai
Malik pula adalah seorang yang berpengaruh kerana jasa bapanya, Malik seorang
yang nakl da nada pengikutnya atau orang suruhan yang setia melakukan apa
sahaja yang disuruhnya. Ekpresi muka balik lebih begis dan serious.
- Busana dan make up
Busana
yang digambarkan dalam poster cinta dan lagu menunjukkan latar masa dan tempat
bagi sesuatu filem. penggunaan busana petak-petak dan berwarna cerah sesuai
dengan golongan muda. Cinta selalu dikaitkan dengan golongan yang muda dan
bukan sahaja cinta tetapi juga warna terang yang mewakili mereka mempunyai jiwa
yang berani. Penggunaan make-up hanya terhad
kepada wanita sahaja kerana style
rambut yang di gayakan oleh Noor Azizah begitu popular pada ketika itu.
Penggunaan make up kurang berjaya kerana kebanyakan pengembaran dilakukan d
luar set atau di luar studio. Hal ini menyebabkan make up yang digunakan pasti
melunturkan kecantikan terutama melibatkan pelakon utama. Seterusnya dalam
penggunaan busana pula, kurang ditekankan. Akibatnya busana kurang menraik dan
tidak sempurna.
- Latar Belakang Tempat
Filem Cinta dan Lagu 1976
merupakan arahan Dato’ Haji Jamil Sulong
di bawah produksi Merdeka Film Production Sdn. Bhd. Durasi filem ini adalah selama 110 minit
tempoh tayangan. Filem Melayu Cinta dan Lagu diterbitkan dalam bentuk berwarna
yang berbahasa Malaysia ini ditayangkan di Malaysia pada tahun 1976. Berdasarkan poster filem
Cinta dan Lagu 1976 yang dipaparkan poster tersebut berlatarkan kepada poster
tahun 70-an. Menerusi poster ini, pengarah seperti cuba untuk memperlihatkan
suasana lokasi penggambaran yang dengan menerapkan gambar pantai sebagai latar
gambar dalam poster.
Namun, apa yang di
ketengahkan dalam poster tersebut seperti tidak jelas kepada penonton tentang
gambaran visual yang cuba di sampaikan
dengan melihat poster itu. Hal ini dilihat menerusi gambar latar ditunjukkan dalam poster yang
kelihatan agak samar-samar dan tidak jelas seperti seolah-olah pelakon
bergambar menggunakan gambar latar di
tepi pantai tetapi oleh sebab penggunaan warna yang tidak sekata menyebabkan
lokasi suasana yang cuba di gambarkan
tidak jelas. Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa dalam poster filem Cinta dan Lagu 1976 hakikatnya menampilkan
sebuah cerita yang menarik dari sudut
jalan cerita percintaan menerusi
suasana latar gambar poster yang diketengahkan. Tetapi agak sedikit kurang
berkesan dalam memberikan gambaran visual sasi kepada penonton kerana
penggunaan warna yang keterlaluan.
- Simbol dalam Poster
Bagi filem Cinta dan lagu, poster
filem ini lebih menonjolkan para pelakon sehingga dia menjadikan pelakon utama
wanita iaitu Noor Azizah sebagai tarikan utama dalam filem ini. Faktor utama
gambar Noor Azizah dibesarkan dalam poster filem cinta dan lagu kerana beliau
merupakan seorang pelakon wanita yang cukup terkenal dan banyak membintangi
filem-filem besar selain filem luar negara. Kedudukan setiap gambar dalam filem
tersebut lebih banyak memainkan watak pelakon agar keharmonian poster sesuai
dengan tajuknya “cinta dan lagu”. Selain itu, dalam poster tersebut dipamerkan
tentang babak kegembiraan yang membawa maksud bahawa filem ini merupakan sebuah
filem yang tidak memerlukan emosi yang banyak.
Sususan Abjad pada tajuk
filem yang diletakkan dalam poster membawa maksud alam percintaan akan dilalui
terlebih dahulu sebelum segala kegembiraan dan kekecewaan dalam hidup di rasai
oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, susunan tajuk “cinta” lebih berat ke kanan
berbanding “lagu” kerana cinta lebih kuat menarik perhatian penonton selain
sesuai dengan tema yang dibawakan dalam filem ini. Jika dilihat daripada
sudut pemilihan warna, poster ini menggunakan warna-warna terang seperti merah
kuning dan putih. Tiap warna ini memainkan peranan dan maksud yang tersendiri.
Contohnya warna kuning merupakan salah satu warna harmoni manakala merah pula
adalah warna panas. Dalam masyarakat pada ketika itu, mereka lebih tertarik
kepada filem-filem yang menggunakan warna terang kerana penggunaan warna dalam
filem masih lagi angganp baharu.
POSTER
FILEM PANGLIMA BADUL 1978
Poster 2: Panglima Badul 1978
Filem ini mengisahkan Badol seorang
budak kampung yang rajin membantu ibunya sejak kecil lagi. Pada suatu hari dia
ingin mengembara untuk mencari bapanya yang dikatakan telah mati lama dahulu
tetapi dia percaya yang bapa nya masih hidup. Niatnya mendapat tentangan dari
ibunya tetapi demi anaknya yang dikasihi, dia merelakan jua Badol untuk pergi.
Setelah sampai disebuah kampung, Badol bertemu dengan Jalak iaitu pekerja
suruhan Datuk panglima Penghulu dimana dia sedang mencari pendekar yang boleh
mengalahkan Datuk Panglima. Datuk panglima adalah seorang yang sombong dan
bongkak dengan kekuatannya dia sering menindas penduduk kampung. Disebabkan
itulah Datuk Penghulu ingin mencari pengganti Datuk Panglima. Pada masa yang
sama Badol telah bertemu dengan ayahnya dan sempat juga mempelajari ilmu silat
ayahnya dulu sebelum bertarung dengan Datuk Panglima sehingga dia menjadi buta.
Apabila berlaku kekecohan di mana anak Datuk Penghulu telah dilarikan oleh
konco-konco Datuk panglima, dan Badol dengan muslihatnya telah menyelamatkan
anak Datu Penghulu dan ditabalkan menjadi Panglima Badol.
UNSUR
BUDAYA MELAYU DALAM POSTER FILEM PANGLIMA BADUL 1978
v
Bahasa dan Poster
Dalam sebuah tayangan filem yang
bakal dikeluarkan pemaparan poster sangat penting sebagai salah sebuah
publisiti dalam mengwar-warkan filem
tersebut. Menerusi poster itu, penonton sebagai khalayak akan membuat pilihan
yang bijak untuk menonton filem yang bakal ditayangkan. Oleh yang demikian,
poster memainkan peranan dalam mempengaruhi ideologi penonton sebagai penggemar
filem yang bakal ditayangkan. Bahkan
kewujudan poster yang tersebar luar melalui ruang di mana-mana tempat terutamanya di ruang
media merupakan satu kelebihan kepada
filem itu. Hal ini kerana, poster yang memasuki celah-celah media mampu
melonjakkan penjualan tiket atau memberikan keuntungan filem tersebut. Ekoran hal tersebut, di
sini penekanan di buat agar elemen yang terkandung dalam poster perlu
dititikberatkan. Walhal jelas diketahui, dalam aspek bahasa dalam poster juga
mempunyai peranan dalam menyakinkan masyarakat terhadap filem yang bakal di
tayangkan. Secara umumnya, penggunaan bahasa dalam poster perlulah selaras
dengan filem yang diketengahkan dan mempunyai hubung kait dengan konsep atau
tema filem tersebut. Ini kerana, poster yang berkualiti adalah melalui penggunaan bahasa yang tepat
dan memenuhi ciri-ciri poster yang dikehendaki.
Menyentuh tentang poster filem Panglima Badol
yang bertajuk Pang5 Badol menunjukkan penggunaan font comic yang lucu diselitkan nombor bertujuan sebagai singkatan
kepada tajuk filem tersebut. Selain itu,
penggunaan bahasa dalam poster ini tidak berapa jelas kerana sub teks ayat yang
ada pada poster tersebut menggunakan font terlalu kecil. Ini akan memberi
kesukaran kepada pembaca memahami maksud ayat tu sekali gus mengganggu
penyampaian poster. Oleh itu, ini
dapatlah disimpulkan bahasa dan poster mempengaruhi pemikiran khalayak terhadap
sebuah filem yang bakal di tayangkan. Justeru, pemakaian bahasa yang tepat
dalam sebuah poster sangat penting kerana tarikan teks yang terkandung mampu memberikan
persepsi yang positif terhadap filem
yang bakal dikeluarkan.
v
Watak Perwatakan
Filem yang diberika tajuk Panglima
Badul ini adalah kerana kebijaksaan seorang jejaka bernama Badul yang berjaya
mengalahkan Datuk Panglima yang sombong dan angkuh dengan kehandalannya. Filem
ini mempunyai durasa selam 90 minit. Filem ini juga sebenaranya merupakan filem
berwarna pada tahun 1978, Arahan Hussien Abu Hassan.
Berdasarkan poster watak
dan perwatakan yang melibatkan ekpresi wajah adalah pelbagai. Dalam filem ini
Badul nama asalnya A. R Badul merupakan watak pertama seorang lelaki yang baik
sering menolong emaknya pada suatu hari dia sendiri ini merantau mengikut jejak
langkah ayahnya. Ekpresi wajah Badul seperti seorang yang lurus bendul
kadang-kadang boleh menimbulkan riak lucu, Malahan sikap Badol seorang yang
takut-takut bila melawan musuh tetapi kadang-kadang sikap Badul yang blur atau
lebih kepada sikap suka bermain-main telah mendatangkan tuah kepadanya di mana
dia pandai melakukan helah tanpa melawan tenaga dia hanya mengajak Datuk
Panglima Wira berlari dan akhir membawa maut kepada Datuk Panglima Wira dan Badul
telah ditabalkan sebagai panglima yang baru.
Datuk Panglima Wira merupakan
seorang yang sombong dan angkuh dengan kehebatan dirinya sehinggakan semua yang
diingin dia akan dapatkan secara yang salah seperti dia melarikan Maya anak
kepada Datuk Panglima. Embon pula seorang anak yang dipelihara oleh Datuk
panglima seorang yang suka berangan dan perangai seperti wanita gatal, takut
akan ugutan Panglima Wira sehingga Maya
menjadi mangsa culik. Datin Isteri kepada Datuk Panglima seorang yang garang
kadang-kadang Datuk panglima sendiri berasa takut akan isterinya.
v
Busana dan make up
Busana dan make up merupakan dua
aspek yang sering dikaitkan dengan warna, kerana warna dalam sebuah persembahan
berkaitan dengan perwatakan seorang pelakon. Disesuaikan lagi dengan penggunaa
make up yang di pakai oleh pelakon dikatakan sebagai simbol. Make up merupakan
cara untuk seseorang Nampak cantik khususnya dalam pergaulan. Penggunaan make
up amat diperlukan untuk menggambarkan atau menetukan watak dalam filem.
Dalam filem Panglima
Badol penggunaan busana sangat dititik beratkan. Hal ini kerana busana
mempengaruhi perwatakan dalam sebuah lakonan. Contohnya Badol seoang rakyat
biasa dan memakai pakaian seperti rakyat biasa. Namun apabila dia telah
dilantik menjadi panglima busana turut berubah kerana statunya telah berubah
serta mempunyai pakaian yang khususu. Penggunaa busana yang warna-warna
menggambarkan kepelbagaian penduduk dari pelbagai ragam. Penggunaan busana
dalam Panglima badol berjaya kerana menitikberatkan aspek-aspek latar dan
pembawaan watak dan perwatakan oleh pelakon. Berbanding filem Cinta dan lagu,
penggunaan busana kurang ditekankan akibatnya tidak menarik dan sempurna.
Seterusnya penggunaan
make up dalam filem Panglima Badol hanya difokuskan kepada watak wanita sahaja
iaitu anak Datuk Penghulu. Penggunan make up yang kurang sesuai iaitu bila pada
waktu malam kelihatan make seperti gincu dan alis mata sangat ketara.
Seharusnya make up pada waktu malam Nampak natural berbanding pada waktu siang.
Manakala pelakon lelaki tidak mengenakan sebarang make up, ini kerana
pergerakan watak meraka yang agresif boleh menyebabkan make up akan luntur.
Keseluruhan penggunaan make up agak kurang berjaya kerana pemakaian tidak
sesuai dengan latar masa dan waktu penggambaran.
Penggunaan busana dan
make up dalam filem melayu panglima badol ini adalah secara keseluruhan filem
ini telah menampilkan bentuk berpakaian orang melayu tradisional di tanah
melayu ketika itu. Dimana dapat dilihat penggunaan busana Melayu tradisional
adalah melayu pakaiang panglima badul iaitu baju melayu. Kaum lelaki memakai
pakai baju melayu dan ada juga penggunaan pakaian pahlawan dalam filem ini
dimana dapat dilihat semasa Datuk Panglima wira mengajar anak buahnya berlatih
Ilmu yang dimilikinya. Manakala penggunaan busana bagi kaum wanita yang dapat
dilihat adalah mak kepada badul menggunakan baju kebaya singkat untuk golongan
tua dan miskin manakala untuk golongan muda dan berbakat tinggi memakai baju
kebaya labuh
v
Latar Belakang Tempat
Filem Panglima Badol 1978 merupakan
pengarahan di bawah Hussein Abu Hassan. Durasi filem ini adalah selama 90 minit
tempoh tayangan. Filem Panglima Badol ini adalah sebuah filem Melayu yang
diterbitkan dalam bentuk berwarna berbahasa Malaysia yang ditayangkan di
Malaysia pada tahun 1979. Berdasarkan poster
filem Panglima Badol yang bertajuk Pang5 Badol mempamerkan latar gambar yang
jelas dan mudah fahami. Hal ini kerana, jika dilihat pada gambar latar poster
ini berkonsepkan tahun 70-an yang
memperlihatkan fotografi celah-celah pokok yang hijau seperti mempunyai latar
kehidupan di kampung. Selain itu, ini sejajar
dengan konsep yang digunakan dalam era 70-an yang mana dapat dilihat menerusi
gambar pelakon dengan lokasi penggambaran seperti mempunyai perkaitan tentang
cerita dan poster yang diketengahkan. Tambahan pula, dalam poster tersebut yang
berlatar pokok-pokok hijau itu mencerminkan sedikit nilai Melayu pada zaman
dahulu yang dilihat dari segi penyesuaian
gambar pelakon dan latar gambar
dalam poster.
Sehubungan dengan itu,
suasana lokasi dalam poster itu juga
mempamerkan keaslian budaya Melayu yang dilengkapi pemakaian masyarakat Melayu yang hidup di dalam
kampung. Lantaran itu, pemilihan gambar latar dalam poster sangat penting dalam
mempengaruhi perspektif penonton yang melihat poster tersebut. Oleh yang demikian,
jelaslah dapat dikatakan poster filem
Panglima Badol yang bertajuk
Pang5 Badol ini memberikan gambaran poster yang jelas, mudah difahami
dan penyampaian jalan cerita yang
berkesan. Ini dapat dilihat melalui gambar latar lokasi yang digunakan
iaitu berkonsepkan kehidupan
masyarakat dahulu yang di kelilingi oleh
tumbuh-tumbuhan yang menghijau sebagai pelengkap kehidupan.
v
Simbol dalam Poster
Simbol yang terdapat pada poster
Panglima Badol lebih kepada komedi. Reka bentuk poster ini lebih kepada susunan
hinarki yang mana setiap pelakon diletakkan mengikut peranan dalam filem itu.
Hal ini kerana pelakon utama diletakkan pada posisi tengah poster kerana
bahagian itu merupakan bahagia yang senang menarik perhatian penonton, manakala
pelakon yang lain di susun di kiri dan kanan menunjukkan mereka hanya pelakon
tambahan.
Latar belakang yang
menggunakan warna coklat terang dan gelap memberikan satu makna bahawa filem
ini merupakan filem yang telah lama dan filem pada zaman sultan-sultan. Bukan
pada latar belakang poster sahaja tetapi juga abjad yang terkandung dalam
poster filem itu. penggunaan warna coklat menggunakan makna yang filem ini
menggunakan latar suasana kampung sebagai latar utama. sekiranya warna pada
abjad berwarna terang seperti hijau, dan biru akan menjadikan tema yang cuba
dibawa dalam filem ini tidak sepadan. Tulisan pada setiap
poster menggunakan jenis font yang tidak formal tetapi masih jelas di baca.
Jenis font membawa maksud kepada filem itu sendiri. sekiranya filem itu filem
yang santai dan komedi, jenis font yang banyak bengkok-bengkok sangat sesuai.
Kesimpulan
Kesimpulannya, poster merupakan salah
satu metod yang digunakan untuk menyembarkan maklumat tentang sesuatu produk.
Dalam kedua-dua poster filem iaitu Cinta dan Lagu 1976 dan poster Panglima
Badol 1978 memperilhatkan unsur-unsur budaya Melayu. Unsur-unsur dalam sebuah
poster dapat menggambarkan kepada penonton tentang sebuah genre filem yang akan
ditayangkan. Walaupun kedua-dua filem
tersebut merupakan filem lama, namun penggunaan warna poster tulisan mempunyai
makna yang tersendiri. Poster yang sesuai dengan jalan cerita filem akan dapat
membantu menjadi tarikan kepada penonton. Poster-poster lama seperti ini boleh dijadikan
sebagai rujukan dan panduan untuk menghasilkan poster filem yang lebih baik.
Unsur-unsur sesuatu budaya sangat penting, begitu juga di Barat, mereka
menggunakan unsur-unsur budaya mereka sendiri di dalam poster. Hal ini kerana,
dapat menggambarkan budaya mereka. Oleh itu, diharapkan, semoga penghasilan
poster filem yang akan datang dapat lebih berkembang dan terus maju dengan
adanya elemen-elemen yang lengkap dalam sebuah poster filem.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan